Thursday, December 17, 2020

Perbahasan Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan (Pindaan) 2020

 Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa bacaan kedua Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan (Pindaan) 2020 pada 17/12/2020. 

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. 

Saya turut ingin menyertai perbahasan Rang Undang-undang Cukai Pelancongan (Pindaan) 2020 dan saya meneliti dan juga mendengar ucapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tersebut dan terdapat beberapa perkara yang saya ingin tambah. 

Fasal 2, memasukkan satu seksyen baharu di mana terpakai juga peluasan skop cukai pelancongan untuk di dalam dan di luar Malaysia, termasuk ke atas pemberi perkhidmatan platform digital walau apa pun kerakyatan atau kewarganegaraannya. Maksudnya bidang kuasanya melangkaui sempadan Malaysia extra territorial jurisdiction. 

Persoalan saya, bagaimana enforcement atau penguatkuasaan dapat dilakukan terhadap pemberi perkhidmatan platform digital ini sekiranya ingkar atau pun telah mengutip cukai tersebut tetapi ingkar untuk membuat pembayaran kepada autoriti. Apakah bidang kuasa kita untuk terhadap pemberi perkhidmatan platform digital? 

Perkara kedua, fasal 4 dalam meminda seksyen 9 memberikan Menteri kuasa untuk mengecualikan pemberi perkhidmatan untuk memungut cukai pelancongan. Bidang kuasa ini besar. Kenapa kita berikan kuasa ini kepada Yang Berhormat Menteri untuk memberi pengecualian? Apakah rasional? 

Kita tidak memberikan panduan kepada Yang Berhormat Menteri untuk melaksanakan tugasnya. Kita bagi satu blank cheque kepada Yang Berhormat Menteri bahawa beliau boleh guna kuasa untuk pengecualian. 

Dalam perundangan sedemikian, sepatutnya ada satu guideline supaya Yang Berhormat Menteri boleh melakukan kerjanya mengikut guideline tersebut. Akan tetapi, fasa ini memberikan satu kuasa yang mutlak kepada Yang Berhormat Menteri untuk membuat pengecualian. 

Seksyen 20A. Cukai pelancongan hendak dikena ke atas levi ke atas pelancong yang menginap di mana-mana premis penginapan yang disediakan melalui perkhidmatan yang berhubungan dengan tempahan premis penginapan dalam talian. Tadi ada sebut Agoda, Airbnb juga. 

Soalan saya, ini undang-undang percukaian dikenakan yang diintroduce oleh Kementerian Kewangan. Apakah garis panduan untuk kawal selia terhadap Short-Term Residential Accommodation (STRA). 

Ini merupakan satu percukaian baharu yang diperkenalkan untuk mengenakan cukai terhadap Airbnb, Agoda dan sebagainya, platform-platform digital yang lain.

Persoalan saya, where is your STRA guideline? Apakah guideline untuk Short- Term Residential Accommodation? Saya menanya soalan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan masih dalam peringkat pendrafan, masih belum ada garis panduan untuk kawal selia terhadap Airbnb. Pada masa ini, kita keluarkan satu undang- undang percukaian untuk tax Airbnb dan juga pelancong-pelancong yang duduk dalam Airbnb

Ini bukan sahaja pelancong-pelancong asing, pelancong-pelancong domestik juga, orang KL pergi melancong di Penang duduk Airbnb yang booking melalui Agoda juga akan dikenakan ini cukai tambahan. Tidak ada satu guideline pun untuk kawal selia Airbnb. Tidak ada satu guideline untuk memberikan lesen kepada Airbnb tetapi kita mengenakan cukai kepada Airbnb. Itulah kita meletakkan percukaian priority tetapi kita tidak ada satu garis panduan untuk pelesenan, tidak ada satu garis panduan untuk memberi kawal selia dan sebagainya. 

Sekian Terima Kasih. 

No comments: